
BATAS-BATAS PESAKIT DAN PERAWAT
Kali ini Kak aya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang pernah di lalui oleh pesakit wanita yang berkunjung ke Pusat Rawatan kak Aya. Menceritakan dengan nada sedih dan pilu tentang sikap dan karenah perawat " bomoh" lelaki yang mengambil peluang sehingga keperingkat mencabul kehormatan pesakit. Bukan satu dua orang tapi....ramai...berapa ramai ? Hanya Tuhan sahaja yang tau...Yang datang dan menceritakan pengalaman mereka kepada Kak Aya segelintir daripada kaum hawa yang "terkena".. Ada antaranya menitiskan airmata menceritakannya....
Jika begitu...mengapa mereka tidak buat laporan kepada pihak berwajib ? Soalan dan jawapannya kita boleh berikan secara spontan....maruah dan aib perlu diperlihara....
Sedikit nasihat daripada Kak Aya kepada kaum hawa....berhati-hatilah dalam mencari perawat, jika masalah kita boleh di elakkan untuk berjumpa 'BOMOH" jantan ini...elakkan jangan kita menjadi mangsa seterusnya....
No comments:
Post a Comment