Lokasi Kami...

Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu “Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu!”

No 314 Felda Keratong 4
26900 Bandar Tun Abdul Razak
Pahang Darul makmur

64.8km dari Segamat Johor dan 32.9km dari Muadzam Shah Pahang

EMAILKAN SEBARaNG MASALAH KEPADA : madinatulsyifa@gmail.com


Friday, September 23, 2011

MINYAK PENAWAR MUSTAJAB ( HABBATUSSAUDA' )DAN SEMUA PRODUK UBATAN ISLAM KELUARAN MADINATUSSYIFA KINI BERWAJAH BARU DENGAN REKACIPTA YANG MENARIK. PERUBAHAN DIBUAT BAGI MELANGKAU PASARAN LUAR DIATAS PERMINTAAN PENGGUNA.

MENURUT PENGURUS SNQ MARKETING PN HAZRIEN JUHARI PERUBAHAN INI DIBUAT MEMANDANGKAN PRODUK UBATAN ISLAM PUSAT RAWATAN ISLAM MADINATUSSYIFA TELAH BERUSIA LEBIH DARIPADA 7 TAHUN MAKA WAJARLAH IANYA BERWAJAH BARU AGAR DAPAT MENARIK PENGGUNA.MENURUTNYA LAGI, KEASLIAN RAMUAN MASIH DIKEKALKAN TANPA MEMBUAT PERUBAHAN.

INSYALLAH DALAM WAKTU TERDEKAT PRODUK UBATAN ISLAM MADINATUSSYIFA INI AKAN BERADA DISISI ANDA!!!

Saturday, September 17, 2011

RUMAH TERBUKA MADINATUSSYIFA 1432

Kemeriahan sambutan rumah terbuka yang diadakan walaupun secara sederhana mengiratkan silaraturahim perawat dan pesakit. Sahabat dan teman hadir meraikan majlis tersebut.





































Saturday, August 20, 2011









Sebagaimana Ramadhan tahun-tahun yang berlalu, Pusat Rawatan Madinatussyifa mengisi Taqwim 1432 hijrah dengan menjenguk saudara seagama yang daif sekitar mukim Keratong Pahang bagi menghulurkan sedikit sumbangan hasil penerimaan fidyah dan zakat daripada ahli-ahli kuliah yang dibuat dibeberapa lokaliti . Alhamdulillah program yang disusun atur menepati sasaran. Semoga saudara -saudara kita turut merasai detik syawal yang bakal tiba dengan hati yang gembira disamping sanak saudara.

Tuesday, July 12, 2011

KAMI DI KUALA PERLIS


Madinatussyifa akan berada di Kuala Perlis pada 23 ( Sabtu ) Julai ini....Jika Anda bermasalah dengan kesihatan dan ingin bertemu perawatnya sila buat temujanji..

BUKAN SESUATU YG MUSTAHIL















DALAM MASA BEBERAPA SAAT GAMBAR YANG DI AMBIL....SATU LEMBAGA BERAMBUT MENAMPIL DIRI DALAM SCREEN KAMERA....( Cuba lihat wajah mulanya ceria selepas itu muram )

Gambar dirakam semasa anak saudara saya menghadiri majlis tamat latihan Polis dipusat Latihan Polis Air Hitam Jempol.

Wednesday, June 22, 2011









Walaupun kami tidak dapat berada di Tapak Karnival sehingga berakhirnya program disebabkan beberapa perkara yang tidakboleh di elakkan namun ianya memberikan makna yang besar bagi rombongan ini.Ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana menjemput kami.

Thursday, June 16, 2011


TEMUI KAMI DI KARNIVAL KHAZANAH MELAYU DI MASJID TAMAN U SKUDAI JOHOR.
Pusat Rawatan ini akan bersama menjayakan program pada : 17 Jun 2011 hingga 19 Jun 2011. Temui kami disana....

Friday, April 15, 2011

ISTIQAMAH DALAM PENGUBATAN


ISTIQAMAH adalah satu istilah yang mudah disebut oleh sesiapa sahaja. Namun jika ianya direalisasikan amat payah atau sukar. Dalam kontek ibadat solat contohnya, kita mampu mendirikan solat sunnat sebelum dan selepas solat fardhu tapi apakah kita istiqamah dalam ibadah tersebut. Begitu juga dalam lain-lain perkara seharian yang kita lakukan , amat sedikit mereka yang istiqamah.

Dalam pengubatan Islam, rawatan berterusan atau istiqamah juga amat penting bagi mengembalikan kesihatan kepada asal. Tetapi berapa ramai masyarakat Islam memahaminya. Sikap dan minda yang mudah mengalah kepada sesuatu perkara memberikan kesan negatif dalam kaedah pengubatan Islam. Sewajarnya sikap putus asa dan kecewa tidak ada dalam kamus masyarakat Islam.

Justru itu kembalikan semula semangat dalam diri kita untuk kembali kepada "ISLAM" secara keseluruhannya.

Sunday, February 27, 2011

Saturday, January 29, 2011

Asal Kejadian Jin
Agama & Cara HidupMengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.

Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Sesungguhnya hasutan syaitan, jin atau roh jahat ke atas fizikal dan rohaniah manusia jelas sekali. Hasutan itu masuk ke dalam diri mereka menerusi pelbagai jalan. Antara yang paling dahsyat dan ganas ialah dengan renungan rohani ketika oarng yang berniat buruk mengamalkan jampi mentera atau sihir untuk tujuan tertentu terutamanya untuk merosakkan orang yang dibencinya.

Inilah antara rahsia ( dan Allah Maha Mengetahui ) mengapa syirik disifatkan sebagai dosa besar oleh Allah. Kerja seperti ini merosakkan kedua-dua pihak. Pengamal sihir rosak imannya, manakala mangsanya pula rosak iman, anggota dan mentalnya.

JIN
Makna Jin: Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat-ayat yang menceritakan tentang Jin. Antaranya :-

Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

Surah Ar-Rahman ayat 15 :Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

Surah Al-‘Araf ayat 12 :Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Dari Hadis Nabi s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Muslim r.a: Maksudnya : " Malaikat diciptakan dari cahaya, Jaan diciptakan dari lidah api sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah disebutkan kepada kamu ( tanah).

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "

Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.

Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.

Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.

Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata.

CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.

Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK-PUAK JIN

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.

Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.

MELIHAT JIN

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..

2. Asy-Syaitan Syaitan-syaitan

3. Al-Maraddah Peragu-peragu ( pewas-was )

4. Al-Afrit Penipu-penipu

5. Al-A’waan Pelayan-pelayan

6. Al-Tayyaaruun Penerbang-penerbang

7. Al-Ghawwaasuun Penyelam-penyelam

8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor )

9. Al-Qurana Pengawan-pengawan

10. Al-Ummaar Pemakmur.

GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG MELAYU

Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.

ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN ORANG-ORANG MELAYU IALAH:

Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.

Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar QUTBUL JALALAH.

ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG BESAR ANTARANYA :

1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.

2. Daasim Merasuk manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.

3. Al-‘Awar Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya

4. Zalanbuur Merasuk manusia dengan api permusuhan dan pembunuhan.


ANTARA JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS

Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya.

Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat.

Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-

Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu.

Sunday, January 2, 2011


BATAS-BATAS PESAKIT DAN PERAWAT

Kali ini Kak aya ingin berkongsi beberapa pengalaman yang pernah di lalui oleh pesakit wanita yang berkunjung ke Pusat Rawatan kak Aya. Menceritakan dengan nada sedih dan pilu tentang sikap dan karenah perawat " bomoh" lelaki yang mengambil peluang sehingga keperingkat mencabul kehormatan pesakit. Bukan satu dua orang tapi....ramai...berapa ramai ? Hanya Tuhan sahaja yang tau...Yang datang dan menceritakan pengalaman mereka kepada Kak Aya segelintir daripada kaum hawa yang "terkena".. Ada antaranya menitiskan airmata menceritakannya....

Jika begitu...mengapa mereka tidak buat laporan kepada pihak berwajib ? Soalan dan jawapannya kita boleh berikan secara spontan....maruah dan aib perlu diperlihara....

Sedikit nasihat daripada Kak Aya kepada kaum hawa....berhati-hatilah dalam mencari perawat, jika masalah kita boleh di elakkan untuk berjumpa 'BOMOH" jantan ini...elakkan jangan kita menjadi mangsa seterusnya....

PENGENALAN

Tiga Cara Pengubatan Nabi S.A.W :
( Menurut Ibnu Qayyim )
1-Pengubatan Thabi’iyyah- Pemulihan Fizikal & Ubatan.
2- Pengubatan Ilahiyyah Menggunakan Ayat-Ayat Al Quran, Zikir dan Doa.
3- Mengabungkan keduanya.

( DALAM KAEDAH PENGUBATAN ISLAM, UNSUR YANG MENYEMBUHKAN PESAKIT BUKAN UBATAN SEMATA-MATA TETAPI UNSUR ‘HARAPAN/KEYAKINAN’ KEPADA ALLAH SWT YANG TIDAK AKAN SIA-SIAKAN PERGANTUNGAN PADANYA.
SETIAP YANG PUTUS ASA, HILANG CITA-CITA MAKA SULIT BAGI PESAKIT UNTUK SEMBUH….)

Rawatan Yang Disediakan

KHUSUS :

1- Rawatan IIahiah Penyuci Jiwa
Selalu gagal dalam kehidupan, sempit rezki,sukar mendapat kerja, berat jodoh, dibenci, dihina, dimusuhi, tiada kenyakinan pada diri dll. InsyaALLAH

2- Rawatan Pelarisan.

Akan laris segala usaha samada perseorangan atau kedai, penjualan rumah/tanah/kenderaan, menarik rezeki 4 penjuru alam & membukan pintu rezki langit dan bumi dll. InsyaALLAH

3- Rawatan Pengasihan

Merukunkan/Keharmornian rumahtangga, memikat, mendapat simpati, kasih sayang teman/ keluarga dll. InsyaALLAH
AMARAN KERAS!! Tidak boleh digunakan untuk kejahatan.

4- Rawatan Puteri Saadong

Membuat anda awet muda, energi wajah berseri, kebal terhadap ilmu hitam..
AMARAN tidak boleh digunakan untuk kejahatan!!


5- Mudah Jodoh

Akan dibuka simpul penghalang untuk mempercepatkan jodoh.

6- Kasih Batin

Meningkatkan cinta kasih rindu suami/isteri, merukunkan/menyatukan keluarga yang diambang kehancuran, penyatuan hati rakan-rakan dll.

7- Menyuburkan Kandungan

Berusaha menyelesaikan masalah anda yang tidak mempunyai cahayamata @ ingin menambah cahayamata.

8- Gurah Vagina

Adunan dari berbagai tumbuhan hutan & doa dapat menyelesaikan masalah vagina.

Dan Lain-lain masalah !!! ceritakan pada Kak Aya…InsyaAllah kita akan cuba berikhtiar serta berusaha…Paling PENTING yakin kepada ayat-ayat Allah…InsyaAllah Anda akan dapat melihat hasil dan kesannya.

Lain-lain penyakit:

Merawat Penyakit Medic

Jenis Penyakit :

  • Masalah kandungan ibu (bayi songsang, janin diluar rahim, otot rahim lemah ) selalu keguguran, period tidak teratur, keputihan, masalah rahim.
  • Gastrik, alcer, darah tinggi,migrain,sakit jiwa, stroke,parkinson.
  • Masalah jantung, buah pinggang.
  • Kencing manis,sawan, demam panas.
  • Bengkak hati, sembelit, demam kuning.
  • Gout, resdung, buasir dan berbagai-bagai lagi jenis penyakit.
Merawat Penyakit Non-Medic.
Masalah Family:
  • Masalah rumah tangga. ( suami curang atau sebaliknya )
  • Mempercepatkan jodoh.
  • Mencari saudara mara yang lama menghilang.
  • Rawatan Mendapatkan zuriat.
  • Seri Wajah Pengantin. ( Menjadikan lebih cantik dan berseri )
  • Lemah tenaga batin.

Masalah: Anak-anak

  • Merawat anak yang nakal, malas, lembab dan hiper aktif.
  • Rawatan minda - menjadi lebih cerdik, pintar, matang dan disiplin.

Masalah: Fizikal

  • Jerawat di muka
  • Alahan kepada kulit
  • Kurang keyakinan diri.
  • Mencantikkan wajah melalui terapi seri wajah.

Masalah: Gangguan Spiritual

  • Masalah gangguan makhluk halus
  • Masalah spiritual - " kena buatan orang ".....
  • Merawat penyakit misteri yang sudah sekian lama tidak sembuh.
  • Saka

Masalah: Sifat & Perangai Negatif.

  • Rawatan Berhenti Merokok
  • Kaki perempuan.
  • Rawatan Mengenai Jiwa atau sifat negatif eg: panas baran, kecewa, terlalu ego, keras kepala dan sebagainya.
  • Ketagihan Dadah, minum arak dan pelbagai bentuk ketagihan.

Masalah: Kehidupan Remaja

  • Putus cinta & apa jua jenis bentuk kekecewaan.
  • Selalu termenung ( tidak ceria )

Masalah: Kerjaya dan Kehidupan Seharian.

  • Masalah Perniagaan kurang maju.
  • Gangguan ditempat kerja
  • Selalu dimarahi oleh boss atau dibuli ditempat kerja.
  • Sekian lama tiada kenaikan pangkat.

dan berbagai-bagai lagi penyakit....

( sila ke link sebelah untuk maklumat secara detail )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...